PSSLM Taman U

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

PSSLM Taman U

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

PSSLM Taman U

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

PSSLM Taman U

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

PSSLM Taman U

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

PSSLM Taman U

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

PSSLM Taman U

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

PSSLM Taman U

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

PSSLM Taman U

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template

PSSLM Taman U

Falkner Sphere Template Falkner Sphere Template
Latest News

Identiti Melayu perlu dikekalkan - Statement YM Mahaguru dalam Utusan Malaysia - 24 Nov 09

Posted by BENTAN on , under | comments (0)




Identiti Melayu perlu dikekalkan - Omardin

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Berpakaian baju tradisional merupakan identiti yang perlu dikekalkan oleh orang Melayu di negara ini.

Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju berkata, tidak kira di mana berada, identiti itu perlu ditonjolkan bagi menunjukkan kepada dunia luar tentang keunikan budaya kaum itu.

"Sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu, kita seharusnya berbangga untuk berpakaian baju tradisional Melayu kerana ia merupakan identiti kita sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas langkah Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berpakaian seperti pahlawan Melayu dengan berbaju Melayu dan bertanjak ketika menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden AS, Barack Obama di Rumah Putih pada 4 November lalu.

Peristiwa itu menarik perhatian Obama sehinggakan Presiden AS sempat menegur dan memberitahunya yang beliau pernah melihat pakaian seperti itu sebelum ini.

Malah, Jamaluddin sempat bertutur dalam bahasa Melayu dengan Obama.

Omardin berkata, beliau berbangga melihat Jamaludin lengkap berpakaian baju Melayu semasa menyerahkan watikah pelantikannya itu.

"Ini kali kedua, dulu Tan Sri Razali Ismail memakai baju Melayu lengkap semasa menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden ketika itu, George W. Bush.

"Ini merupakan satu contoh yang patut diikuti oleh wakil-wakil lain yang mewakili negara di luar negara," katanya.

Beliau berkata, orang Melayu seharusnya berbangga dan tidak perlu malu untuk mengetengahkan budaya dan identiti bangsa sendiri.


MAJLIS PERKAHWINAN CIKGU ZUL

Posted by BENTAN on , under | comments (1)



..Sebahagian daripada gambar2 semasa majlis perkahwinan Cikgu Zul 31-Okt-09






INDONESIA SUDAH...MALAYSIA BILA LAGI

Posted by BENTAN on , under | comments (0)



Selepas Thailand menyahut cabaran filem seni mempertahankan diri, Indonesia muncul pula tahun ini dengan mengangkat silat ke dalam filem moden dalam Merantau



SINOPSIS

Salah satu kebiasaan Di Minangkabau, Sumatra Barat, Merantau adalah tradisi yang harus dijalankan setiap anak laki-laki yang telah beranjak dewasa. Yuda (Iko Uwais), seorang pesilat Harimau handal, dalam persiapan akhir untuk memulai perantauannya. Ia harus meninggalkan keluarganya yang sangat di cintainya yaitu ibu tercinta, Wulan (Christine Hakim), dan udanya, Yayan (Donny Alamsyah), kenyamanan dan keindahan kampung halamannya juga harus ia tinggalkan , untuk membuat nama untuk dirinya di keserabutan kota Jakarta.
Dalam perjalanan nasib mempertemukan Yuda dengan seorang yatim piatu yaitu Adit (Yusuf Aulia) dan kakaknya, Astri (Sisca Jessica), yang akan menjadi korban organisasi ilegal human trafficking.


Organinsasi yang memperlakukan manusia seperti barang ini dipimpin seorang Eropa berhati Besi, Ratger (Mads Koudal) dan tangan kanannya Luc (Laurent Buson). Ketika terluka dalam perkelahian antara Johni (Alex Abbad), para tukang pukulnya dan Yuda, Ratger bersikeras mencari Astri, atau “barangnya”, yang berhasil di selamatkan dan ingin pembalasan berdarah setimpal.

Perkenalan Yuda dengan kota serabutan ini seperti api yang menyulut ketika situasi memaksanya untuk melarikan diri bersama Astri dan Adit dari kejaran mucikari dan preman-preman yang menguasai kejamnya malam, menapaki setiap jalanan, dan mengejar pada setiap langkah mereka.

Dengan kebebasan hampir di tangan mereka, Yuda tidak mempunyai pilihan selain melawan orang-orang yang menyerangnya dengan adrenalin tinggi dalam runtunan action yang belum pernah dipersembahkan sebelumnya di layar lebar Indonesia.
Berikut ini sekilas Trial The Movie of Merantau. . . . . Let’s check it out

video

AMALAN PERISAI GHAIB - ALLAHYARHAM USTAZ ASRI

Posted by BENTAN on , under | comments (0)




1- Surah Al-Baqarah ayat 268-269

2- amalan Habib Nuh - untuk ketenangan

3-Amalan Tok Ku Paloh - meleraikan segala kesulitan

4-Amalan Syeikh Abd Qadir Al-Jailani- memusnahkan permainan syaitan

5-amalan Tok Bahaman-memagar rumah secara batin

6- Amalam Mat Kilau - wajah tidak dimamah usia

7-amalan Ibrahim Al-Adham-memulih orang dirasuk

8-amalan Hamka-ketika dalam keatakutan

9-amalan sahabat Nabi Sayyidina Khalid ibn Al-walid melihat sesuatu yang menakutkan

10-Amalan Tok janggut- untuk membakar jin

11-Amalan sheikh masyari al-faasi-semoga dilindungi Allah

12-Amalan Shah Waliyullah Al-Dehlawi-meredakan rasa gementar

13-Aamalan Saad Abi Waqqas-menghilangkan kegerunan

14-amalan tok janggut 2 - ayat paku bumi

15-amalan Sayyid Abul Hassan An-Nadwi- memberanikan diri

16-amalan Tok Janggut- mengalahkan musuh

17-amalan Tok janggut & Mat Kilau - membinasakan seteru 1

18-amalan Tok janggut & Mat Kilau - membinasakan seteru 2

19-amalan Tok janggut & Mat Kilau - membinasakan seteru 3

20-amalan Tok janggut & Mat Kilau - membinasakan seteru 4

21-amalan Al-harith Al-muhassibi - menguatkan semangat & aqidah

22-Amalan-Tok Kenali-hindari kekuatan

23-Amalan luqman al-hakim-mengundang pertolongan allah

24-amalan Sahabat Nabi sayyidina Abu hurairah-untuk kekuatan jiwa

KITA PUNYA MARUAH

Posted by BENTAN on , under | comments (0)





KITA PUNYA MARUAH

Kenapa kita bersilat??
Kita bersilat kerana Maruah

Pesan Pak Guru:
" Kalau saudara / ahli keluarga kita diambil orang,
Kita mungkin dapat abang ipar,
mungkin kakak ipar,
mungkin adik ipar
mungkin ibu tiri,
mungkin ayah tiri

Tetapi kalau isteri atau suami kita diambil orang ???
di mana maruah kita selepas itu??"

Negara kita yang kita sayangi samalah seperti cinta hati kita....
jika dijajah orang, jika dihina orang ???
di mana maruah kita selepas itu???

Pesan Jebat..
Buat Baik Berpada-pada
Buat jahat alang-kepalang
Yang Adil disembah
Yang Zalim disanggah..

Jangan mengganggu harimau yang tidur...
kerana marahnya dendam tak sudah..

Marah pandangan...darah makanan..

JEMPUTAN PERKAHWINAN

Posted by BENTAN on , under | comments (0)



Bagi pihak PSSLM Taman U, saya ingin menjemput semua untuk bersama-sama menghadiri Majlis Perkahwinan Cikgu Zul. Taman U



NOVEL MAT KILAU

Posted by BENTAN on , under | comments (0)




MENGIMBAU SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU

JUDUL :
Mat Kilau Pahlawan Pahang

PENULIS:
Abdul Latip Talib

TERBITAN:
PTS Litera Utama Sdn Bhd

KELUARAN:
Ogos 2009

HARGA:
Semenanjung RM21
Sabah/Sarawak RM24

KANDUNGAN:
366 Muka Surat

Novel ini mengisahkan tentang sejarah Perjuangan Pahlawan Mat Kilau sejak era penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Banyak penagajaran daripada buku ini. Ambillah ikhtibar daripada akibat perpecahan Bangsa Melayu sehingga mengundang kedatangan penjajah barat.